Assalamualaikum, peace be upon u.
Entry kali ni aku nak ceritakan pengalaman aku kat plkn…n apa2 yang jlkn tak bagitau apa sebenarnya plkn tu… since aku tahu ramai bakal2 pelatih plkn yg tgh cari entri2 sebegini..
Apa tu plkn? Silly question kan,,, mestilah semua org tahu plkn tu program latihan khidmat Negara la. Tp bagi aku one short n meaningful word to describe what is plkn is BRAINWASH. Sepanjang aku kat plkn tue la yg aku rasakan, what plkn is all about… jgn percayakan sgt coz ini hanyalah pandangan peribadi aku…sbb mmg aku belum nampak lg mana khidmat aku pada Negara.
Nak pergi ke tak nak? Ini adalah persoalan yang akan muncul dalam benak kepala bila dah dapat good news nie kan.. dan setiap org ada pilihan. Pilihan pertama, pergi n pilihan kedua, tak pergi. Aku pilih pilihan pertama, pergi sbb aku tak nak kena denda n masuk jel. N tak nak menyusahkan umi n ayah aku. Dan bagi mereka yg pilih pilihan kedua sebenarnya mereka mmg berani. Berani berdepan dgn risiko dijel dn didenda. Mgkin mak bapak diorang mmpu bayar..xkesah la kan. N ada juga yang pergi dan balik… banyak sebab, n antaranya sambung belajar (STAM or dpt twran belajar). ada jgk yang cakap nak smbung belajar tp balik duk rumah. Everyone got choice.
Bagi aku plkn adalah salah satu pelabuhan yang aku perlu singgah dalam melayari lautan kehidupan ini untuk mencari bekalan untuk aku terus berlayar. Aku akui, aku rasakan dunia nie gelap seketika bila aku dpt mesej bertuah tu. Kenapa aku? Kenapa bukan orang lain? Mmg rasa mcm tak percaya. Tp takpelah at that moment I told myself, focus on spm first.
Apa yang jadi kat plkn? Kat kem tu, aku jumpa ramai orang. Macam2 perangai. Act aku da pernah tulis pasal benda nie sblum nie. Tp takpelah… mungkin sebab aku rindu kat diorg… :’( (air mata da nak melelh ni)
Dan aku pun jadi orng lain. Aku bukan aku. Kadang2 aku rasakan plkn was a mistake. Aku tak patut pergi. Aku culture shock. Aku pun tak percaya yg aku culture shock. Seriously, aku tak tahu mcm mana ia bermula… mgkin culture shock aku tak sama dgn culture shock org lain. Hahaha…sbb aku da skolah perempuan sahaja.. so aku xde la berkomunikasi dgn lelaki sangat dalam tempoh di skolah menengah tu.
Aku yakin dan percaya bukan aku je.. Allah mungkin da ulang2 jalan cerita kat orang2 sebelum aku dan mungkin jgk selepas aku. Tapi pengalaman itu cukup berharga… sbb aku lebih kenal siapa aku. So kalau adalah bakal pelatih plkn yg baca ni, bersedialah… because Allah is watching. Tp jgn takut, apa yg diperlukan sebenar-benarnya adalah sahabat yg sentiasa mengingati dan KEIMANAN yg teguh.
Siapa yang akan kita jumpa kat plkn? Manusia nie pelik (aku pun manusia. So aku pun pelik :P ). Aku dicampakkan di sebuah kem di Kelantan yg mana majoritinya pelajar sekolah agama. Walau pun pelajar agama tp dialah encourage org takyah pergi usrah. Dialah yang couple. Dialah yang pakai baju ketat. Dia yang lah yg selalu menyakitkan hati orang. Dialah yang terlebih gedik. Seriously aku tahu, kalau kawan aku baca nie dia akan benci aku… tapi aku nak kau tahu yg aku sebnarnya sayang korang. Aku selalu nk tegur korang. Sbb aku tahu benda ni slah. tp aku tak pernah tgur kan?! Sbb aku tak kuat…sorry again. sorry lama xcontact…dan jumpa jurulatih2 yang pelbagai perngai yg antranya garang tapi lucu.
Apa aktiviti kat plkn? time aku dulu (ceh! Macam da lama sgt), setiap pagi, bangun solat subuh berjemaah di surau, then ada senaman pagi/tazkirah, srapan, then kena pegi kelas. Kelas tu ada kalau xsilap 3 modul. Modul pembinaan karakter, budaya kerja n kewarganegaraan. Balik kelas, lunch, solat zohor, then pegi kelas balik/kawad. Then solat asar, then minum petang, riadhah. Then, dinner, solat maghrib, isyak sometimes ada tazkirah. Lepas tue, supper, n ada roll-call bg taklimat utk aktiviti keeskan hari. Lepas tue tidor. Dan dia ada jgk pengawal malam, aku sempat sekali or dua kali je. Mcm tue lebih kurang kat plkn setiap hari. Tp laen tempat , laen caranya. Kalau kem kat Kelantan lebih islamik dari negeri laen.yang best kat kem aku, jalan lelaki n perempuan pun dia pisah. Kebanyakan aktiviti mmg tak campur lelaki n perempuan. N komander kem aku mmg baik. Awl2 lagi da pesan kat jurulatih, sruh pelatih pakai baju yg longgar. N baju plkn tue agak seksi la, especially baju warna biru n seluar trek utk latihan jasmani. Sabar jela… tudung mmg kena masukkan dalm baju.. aku pernah jgk dgr cerita dulu, ada seorg pelatih plkn ni dia pakai tudung bulat kt plkn. aku mmg salute la dia… kadang2 ada sambutan maulidurrasul…
Aman ke kat plkn? spnjg aku kat plkn, Alhamdulillah aman je. Tak de gaduh2. Mgkin sbb ada Melayu n Cina je n seorg peribumi. Statement aku ni bukanlah nak membangkitkan isu2 perkauman tp kalau 3 kaum ni berkumpul sekali mmg pening jurulatih nk mnjaga nya. Nie yg kwn aku ceritalah. Mungkin rasa perpaduan tu belum sebati dlam diri remaja2 ini. Aku pun takde penglaman sgt dlm bab2 nie. Skolah aku mmg semua melayu smpaikan di u nie pun semua melayu.
Apa yang best ttg plkn? dpt kawan baru, dpt elaun, dpt mkan free, dpt jumpa org hebat J, dpt buat flying fox, wall climbing,terjun dalm air kotor, dpt turunkan berat badan, masa tak terbuang dgn terlalu sia-sia, dpt kenal diri sendiri, n etc.
p/s: aku tak tahu nk cerita apa lagi… kalu ada soalan tanyalah.. InsyaAllah boleh jawab.