Friday, September 16, 2011

ukhwah fillah yang lama kutinggalkan

assalamualaikum
(post nie dlm bahasa ibundaku)

malam in aku rasa sesuatu. sesuatu yang dah lama aku tak rasai sejak aku tinggalkan dunia asrama Naim dulu. mungkin... aku rasa rindu. rupanya dah lama aku tinggalkan dunia ukhwah fillah. entah la. tiba2 aku rasakan hidup aku sebelum penuh dengan kepura-puraan. dunia hipokrit. selalu jer aku tulis "ana uhibbuki fillah" tp aku tak pasti selama ini adakah aku benar2 faham, benar2 mengerti apa sebenarnya ukhwah fillah itu.

aku dulu seorang daie, kononnya lah... but at this moment i can feel that i was a hipocrite. sorry but it's true.kalau dulu aku sering jer bagi usrah kat adik2. tp sekrg aky memerlukannya. but i've to find it. maafkan akak, kalau dulu akak selalu nasihat adik2, tp akak pulak yg hanyut. aku bimbang kalau2 selama aku hidup ini tak ada ikhlas kerana Allah.

bila aku tinggalkan asrama Naim. seolah-olah aku tinggalkan segala-galanya di situ. apa yang aku belajar; dakwah, sahabat. dakwah? i was a daie n i should always be daie. but kenapa bila aku sorang2 tnpa sahabat Badar dulu aku jadi lemah. aku tak kuat. kenapa? iman aku masih goyah. aku perlu sahabat. sahabat. sahabat.

bukan aku tak punya kawan tp it seemed that ukhwah kami tidak begitu saling mengingatkan kami dengan Allah. Pemilik mutlak hati kami. teringat aku ayat2 dlm novel Sinergi, apabila si hero mengajak sahabatnya untuk memperbaharui ukhwah mereka. that is what i should do.

entah kenapa rinduku terhadap sahabat-sahabatku ketika di Naim membuak-buak. tak tertahan rasanya air mata nie. ia jatuh jugak. aku terlalu rindu mereka. Allah jagalah ukhwah kami. jadikanlah ukhwah kami ukhwah fillah yang sebenar. walau kami terpisah jasad. tp hati kami tetap bersatu. bersatu dalam mencari dan mengejar redhaMu.

No comments: