Sunday, November 6, 2011

aku belum berhijab

Assalamualaikum wahai pembaca yang budiman, lamanya tak update blog, i was trying to update this in English but somehow saya rasa tak selesa dengan bahasa tersebut. jadi saya pilih untuk berbahasa melayu sejati.

akhir2 ini saya amat tertarik dengan berita2 bahawasanya ramai selebriti2 dan artis kat Malaysia dah kembali kepada fitrah contohnya Catriona Bahrin Ross, Irma Hasmie, Akmal AF3, Diana Amir, Raja Farah, Farah AF2, dan ramai lagi. Alhamdulillah... beruntungnya mereka kerana dipilih Allah.

bagi saya, saya rasa sangat bersyukur kerana tidak diuji seperti mereka. hebatnya mereka. saya dapat rasakan betapa susah dan sukarnya mereka untuk memilih jalan ini. memilih untuk berhijab setelah sekian lama tidak berhijab.

baru2 ini kak Catriona ada datang ke USIM menceritakan pengalaman dia kembali kepada fitrah. mendengar cerita beliau, timbul keinsafan dalam diri saya, selalu jugaklah saya duk kutuk artis2 nie. konon saya baik sangat. budget macam malaikat. tp mendengar bicara dri kak Cat benar2 membuka minda saya. tugas kita manusia bukan untuk menilai. bukan menghukum, itu kerja Dia. Kerja Allah subhanahu wa ta'ala. penilai yang sebenar bukan manusia tp Allah. bak kata2 indah dri seorg sahabt ana jangan harapkan penilaian solehah dr manusia. hiduplah dgn hanya mengharapkan penilaian solehah dri Allah dan redhaNya semata-mata.
butir bicara kak Cat ada terselit ayat2 Al-Quran dan hadis. kak Cat selalu mengikuti usrah. tambah ilmu agama. (di USIM kadang2 ada jgk ceramah. tp memerlukan keinginan diri sendiri. sungguh, bila dah berada di peringkat ini, kalau inginkan ilmu agama, kita kena cari sendiri. kena kuatkan dri untuk pergi mencari ilmu agama ni. kalau kuat bertmbahlah ilmu agama kalau tak adalah kt rumah)

pengajarannya jangan pernah rsa dri baik. pernh saya dgr/baca ada seseorang cakap, kalau bca tafsir al-quran jangan letak diri kita pada watak baik sahaja. adakah kita yakin, apabila Allah menyeru "ya ayyuhal mu'minin..." itu Allah menyeru kita?! atau kita yakin apabila Allah menyeru "ya ayuhal munafiqun..." Allah tidak menyeru kita?! takutkan memikirkannya?!

saya percya perkembangan ini ada kaitannya dengan kewujudan banyak program keagamaan di media. sebagai contoh astro oasis, alhijrah n tv9. dan novel2 Hlovate pastinya :) . dan banyak majalah keagamaan spti solusi, gen-q, etc. tahniah Malaysia. ini adalah Revolusi yang positif!

dan pastinya kita sebagai masyarakat kena menyokong mereka. jangan pernah memperlekehkan usaha mereka untuk berhijab.

kebelakangan ini saya banyak dengar orang pesan agar menjaga hati... dan saya tersentak.. betul jg aku sebenarnya belum berhijab degn sempurna. hati ini belum berhijab sepenuhnya. hijab itu bukan hnya pada tudung dan shawl nya sahaja. sebab itulah ramai orng kata walaupun dia pakai hijab tp tetap buat maksiat...ada betulnya, :')

sekian sahaja dari saya kali ini... just wondering bila makcik tue nak pakai tudung? moga2 Allah buka pintu hati dia utk bhijb bila da balik haji nanti. akhir kata...

saat hidayah Allah menyapa, rebutlah ia, mungkin ia datang sekali sahaja~~

No comments: