Monday, April 11, 2011

nama kan doa

hi bloggie,
dalam dunia nie byk gelaran yg kita boleh panggil kat org kat sekeliling kita. mcm "awak, you, kamu , mung, ko, enta, enti, hang, demo" semuanya membawa maksud yang sama...tp berbeza. berbeza??! yes, sbb laen2 gelaran melambangkan tahap keakraban kita dgn individu tersebut...

sbg contoh... kalau kita guna 'awak' berbanding kalau kita guna 'mung'. mung dilihat lebih sesuai digunakan kalau kita ckap ngan member2 yang 'kacip'.... tpi ada yg mengatakan nampak kasar...n ada yang guna 'mung' nie dgn kaum lelaki sbb tak nak nmpk gedik or kerek (bahasa apa entah) bila ckp ngan leleki...(kadang2 org boleh salah faham.) sebab suara org permpuan nie fitnah,
MySpace”Hai isteri- isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita lain jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucaplah perkataan yang baik”.(Al- Ahzab: 32).

maknanya orang perempuan nie tak bleh lah bercakap ngan lelaki dgn melentokkan suara or bersuara manja... tpi ucaplah perkataan yg baik. sama jgk bila berchatting ngan lelaki tak payahlah gna perkataan yg manja2.

MySpaceFirman Allah Taala : Ayat 11 Surah Al-Hujerat yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim”.

MySpacesatu perkara lagi pasal panggilan ni... bila fikir2 betapa susahnya parents kita nak bagi nama kat kita dulu. bak kata kawan ana kat plkn dulu, 7hari 7malam fikir nama anak...tp anak bila besar cari pulak nama lain.mcm org nama Salmah tkar jadi Sally.kononnya nama tu lebih komersial. n ada jgk parents nama anak mmg dah cantik tp pergi panggil 'boboi'. nama kan doa... so panggillah nama tue elok2.

MySpace

No comments: